Sayu hatiku melihat nenek terlantar
Haiz…..keadaan nenek ku semakin tenat. Sayu hatiku melihat nenek tadi di hospital. Aku menahan kesedihan n airmata. Melihat wajah nenek yg lesu tk bermaya. Matanye berair, seolah2 dia sedang menangis. Menangis melihat anak dan cucunya berada sekelilinginya. Atau dia tahu ajalnya hampir tiba. Tadi bila aku merenung wajahnya, aku teringat waktu aku kecil. Semasa kecil nenek lah yg menjadi tempat aku beradu nasib dah kasih syg. Nenek jugalah mengajarku menjadi insan yg berdikari. Masih ku teringat bagai mana nenek memarahi dan memukul aku apabila aku membuat sesuatu yg salah. Aku sering tetawa sendiri bila meningatkannya…berapa degilnya aku. Nenek harus kejar ku sekeliling rumah dan apabila nenek dapat menangkap ku, sudah tentu aku akan diajar dgn cukup..Tapi kini bila aku melihat nenek terlantar dikatil hospital, aku tergamam dan tidak tahu apa yg dpt ku buat. Aku hanya dapat berdoa agar nenek pulih seperti semula kala. Aku ingin melihat nenek senyum dgn gembira….
April 29th, 2005 at 2:31 am
did you write that? thats nice in a sad way… and it rhymes… kinda…
i hope ur nenek gets better tho…